tengok-tengok dulu la...

Monday, May 9, 2011

09.05.11 - i m back! - part 1

yeeeehaaaaa!!! i m back!!! pergh! lama betul tak update blog ni... malu la pulak... ye la... cam hangat-hangat tahi ayam la pulak... mula-mula dulu, hari-hari leh post cerita... ada jek yang nak dikongsi tapi lepas tu... hampeh... hi.hi.hi.

tapi sebenarnya tak ada niat langsung nak buat kerja separuh jalan... itu bukan prinsip hidup anak en mahbob ni... kalau keputusan dah dibuat... akan ku genggam bara api hingga menjadi arang... chewah... gerun tu mendengonyer... ngeh.ngeh.ngeh...

sebenarnya ini yang berlaku beberapa bulan yang lepas... (lebih kepada penerangan untuk mencoverkan diri ni...hi.hi.hi)

episod 1... jeng.jeng.jeng.

tanpa diduga tiba-tiba abah dimasukkan ke hospital. berderau bila mendapat perkhabaran dari kampung. abah jarang sakit jadi berita tersebut sedikit sebanyak merisaukan kami. lebih membimbangkan kak yong yang biasanya cekap menguruskan hal-hal tersebut kini sedang menunaikan umrah. nasib baik adik pantas bertindak. hospital grik tempat dituju dan di sana abah ditempatkan di wad lelaki.kesian adik... sendirian menguruskan abah...

kakyang dan anak-anak dah bergegas balik. kakcik tak ada pilihan... kerja perlu diselesaikan sebelum boleh pulang menjenguk abah. aku dah mula tak tentu arah menunggu abang yang perlu meyelesaikan segala hal pejabat sebelum bergerak balik ke lenggong. terbayang emak di kampung... tentu gundah hatinya memikirkan abah di hospital...

perjalanan yang jauh akhirnya tamat di tengah malam apabila abang memberhentikan kereta di kawasan pakir hospital grik. dari jauh kelihatan adik berjalan longlai menghampiri kami. jelas wajah kelesuannya menjaga abah. terharu melihat kemampuannya... mungkin selama ini beliau sering dianggap mentah kerana dia anak bongsu tapi malam ini membuktikan bahawa dia juga mampu menguruskan keluarga...

keesokkannya... doktor menasihatkan agar abah dipindahkan ke hospital ipoh bagi mendapatkan rawatan pakar. abang terpempan. bagaimana urusan penjagaan abah sekiranya di ipoh?... kalau di grik, ada adik yang kebetulan bertugas di hospital tersebut tapi kalau di ipoh?... bukan mahu melepaskan tanggungjawab tapi abang memikirkan tindakan bagi jangka masa panjang. setelah berbincang, abang menguruskan perpindahan abah ke hospital sultan mizan, kuala lumpur... terima kasih hospital grik di atas segalanya...khidmat yang diberikan amat memuaskan hati kami sekeluarga...

tapi masalah mendapatkan ambulance menjadi halangan perpindahan dengan kadar segera. kebetulan banyak kes berlaku menyebabkan ambulance hospital grik tidak dapat memberikan bantuan.dengan keadaan abah yang agak kritikal menyebabkan kami panik. melihatkan wajahnya berkerut dan mengerang menahan sakit menyebabkan kami bimbang implikasi kelewatan mendapatkan rawatan pakar mungkin menjadi penyesalan seumur hidup... lalu pelbagai agensi dihubungi untuk mendapatkan bantuan dan akhirnya perkhidmatan ambulance swasta diperolehi...

perjalanan dari grik ke kuala lumpur hanya memakan masa lebih kurang 2 jam 1/2 menggunakan ipoh ambulance service... cekap dan cepat... itu gambaran yang tepat...

di hospital sultan mizan, abah mendapat rawatan doktor pakar yang sewajarnya di tambah dengan layanan nurse yang mesra menyebabkan tahap kesihatannya beransur pulih. keadaan hospital yang selesa amat menenangkan di samping sokongan sanak saudara yang tidak putus-putus datang menziarah. alhamdulillah... kakyong pulang dari umrah dengan senang hati sebab abah dah pun sembuh dan sudah dibenarkan keluar dari wad... terima kasih doktor dan nurse... hanya Allah mampu membalas budi baik kalian...

abah kembali ceria walau masih nampak lemah... emak mengurut dada kelegaan melihat abah beransur pulih...

bersambung...

No comments:

Post a Comment