tengok-tengok dulu la...

Friday, August 27, 2010

27.8.2010...org kata...awa kata...

org kata...


jgn ikut resmi lalang...makin berisi, makin tegak berdiri...
tp jadilah padi...semakin berisi, semakin tunduk ke bumi...


awa kata...















lalang tegak berdiri bukan bermegah... bukan juga menunjuk... sebaliknya dia perlu terus menujah ke langit agar mudah bunga2 putih tanpa seri itu berterbangan bebas tanpa halangan... bunga2 yang akan menyebarkan benih ke serata alam... bunga2 yg akan meninggalkan perdu dengan rela tanpa sebarang jaminan ketetapan... hanya mengikut angin lalu... bunga putih yg ringan, cekal mengharungi cabaran untuk keterusan hidup...

dan, lalang lakukannya sendiri tanpa sebarang bantuan... berdikari untuk memastikan legasi warisannya terus kekal di antara fauna... kerana itu juga, walau tanah kering kegersangan... atau terbakar dek kekeringan... lalang masih mampu bertahan... akar sendirian mendiamkan diri di sebalik kontang... justeru setelah rintik hujan membasahi bumi... lalang akan terus bangkit... terus subur menghijau... walau kehadirannya tidak dihargai kerana dianggap mencemar keindahan taman... lalang tidak terasa hati... tidak tergugat langsung pendiriannya... pada lalang, kewujudannya telah ditentukan... walau tiada yg memuji apatah lagi memuja... lalang pasti, kehadirannya akan diperlukan satu hari nanti... hanya masa yang akan menentukan... kerana semuanya telah diatur oleh DIA.





























bagaimana dengan padi... memang sepatutnya dia terus menunduk memandang tanah di bawah... kerana padi terlalu dimanjakan... terlalu diikutkan segala kehendak kalau inginkan hasil yang baik... dari mula hingga ke akhirnya, padi perlu dibantu... disemai, dialih, dibaja, dibanting dan rantaian itu akan berterusan zaman berzaman... padi terlalu ampuh dengan ancaman hinggakan sentiasa perlu dipantau agar tiada yang akan merosakkannya... tidak termasuk tanah, baja dan air yang juga perlu diawasi setiap masa... kalau tidak, padi tak kan mahu subur dan hasil pasti tidak bermutu... namun padi amat diperlukan justeru segalanya perlu dituruti...


beruntung kau padi... segala cabaran dalam melalui liku2 kehidupan ini amat mudah kau tempuhi dengan berbagai bantuan yg diberikan... cuma pesan lalang... jangan kau leka dengan segala kesenangan yang diterima... awasi pagar, jangan terlalu mudah mempercayainya kerana dia mampu mengambil kesempatan ke atasmu...

No comments:

Post a Comment