bukan mudah nak mempercayai ckp org... tp klu dah bertalu cerita disampaikan dan ditambah pula kelancangan teman menjaja cerita... kesabaran mula tergugat... akhirnya pagi ini pertimbangan menjadi percaturan... tambah memanaskan, dibelakang... boss sendiri beranggapan keputusan dibuat tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu...lalu bersemuka menjadi pilihan... tanpa persetujuan boss, masa ditetapkan... dgn nada yg agak keras, boss diminta hadir tanpa sebarang pilihan... kedengaran gugup suaranya di corong sana... mungkin terkejut dgn nada tutur yg cukup berbeza... bukan nk berkurang ajar tp sekadar amaran awal bahawa diri ini juga punya rasa marah...
sebenarnya... tujuan perjumpaan hanya utk menjernihkan segala kekeruhan yg selama ini tlh timbul tanpa pengetahuaannya... ya... boss mmg tak tau... atau dia dh tau tp buat2 tak tau untuk menjaga kredibiliti teman... niat yg baik tp jgn kerana itu, diri ini dijadikan galang gantinya... wlu bukan pekerja contoh tp tanggungjwb di dlm melaksanakan tugas utama tidak pernah gagal... mmg pernah buat silap tp itu bukn bermakna segalanya tidak mengikut landasan yg betul...
sebelum pertemuan 4 mata dilakukan... semua yg terlibat terlebih dahulu dipanggil... dgn mudah segalanya diluahkan tanpa sebarang paksaan... mungkin percaya kerana selama ini segala yg diceritakan akan berakhir di dalam pejabat ini... kerana susah senangnya berhadapan dgn boss utk mendapatkan keputusan atau menyelesaikan masalah... tidak pernah mereka ketahui... tidak pernah melibatkan mereka... lagipun, bukan mudah boss nk terima semua masalah terus dari mereka... jd sebagai org tgh... kenalah pandai menyusun ayat...
tapi tidak hari ini... sbb itu bila semuanya dibawa masuk ke bilik boss... mereka seakan tergamam... ditambah dgn kelajuan mulut ini menuturkan segala masalah yang timbul termasuklah mempersoalkan kewajaran boss menyatakan sesuatu dibelakang tanpa merujuk diri ini menyebabkan perbincangan berubah hangat... lalu, dari pejabat ke bilik mesyuarat... dan teman yg tlh menimbulkan kekeliruan ini juga dipanggil utk mendapatkan kesahihan... teman yg sbm ini begitu enak bercerita ttg sesuatu yg tak pasti...
seperti diduga... di dlm bilik mesyuarat, pihak yg bermasalah mendiamkan diri... mungkin kerana mereka hanya kumpulan yg melaksanakan tugas di bawah perintah... maka mulut terkunci untuk menyatakan kebenaran... teman pula terus berbicara seakan tiada masalah yg ditimbulkan... boss mula menekan mereka dan mula menyalahkan kerana kegagalan mereka utk mengikuti arahan yg diberikan teman...
dibiarkan dulu teman meneruskan dialog lakonannya... sabar... kejap lagi kita tengok apa skrip utk menangkis panahan berbisa... mereka sesekali merenung memohon agar mulut ini juga tidak berbunyi... pandangan simpati dilemparkan agar masalah ini tidak diperbesarkan sekaligus menutup sessi pertemuan 4 mata... oh tidak... sbb ramai yg terlibat... jd 4 bertukar bermata2...
maafkan saya... hal ini perlu diperjelaskan agar tidak ada yg slh fhm dan tidak ada lg yg seronok menjaja cerita di belakang... semua terdiam bila ayat2 mula kututurkan... teman tersenyum sinis... mungkin dia beranggapan suara2 lembut yg akan diperdengarkan olehku... sbb selama ini tidak pernah lidah ini melafazkan ayat2 berapi wlu apa pun yg dikatakannya... tp tak lama senyuman dibibir... setelah satu persatu maklumat dan pertanyaan dilemparkan, manis bertukar keruh di wajahnya...
boss mula resah bila semakin byk yg kuajukan pd teman dihadapan mereka... bukan tak profesional tp ini lah dia bila aku mula bersuara... akan ada telinga yg panas bila kebenaran kuhuraikan satu persatu dihadapan semua... yg terdiri dari pelbagai kumpulan... dendam? balas dendam? mungkin... sbb teman dan boss juga bercerita dgn mereka yg terdiri dari pelbagai kumpulan... bezanya diri ini lebih berani menyerang secara berdepan dan bukan dgn bersembang dibelakang... mereka mula menundukkan kepala... teman seperti biasa menepis dan sesekali bertanya kepada mereka ttg kononnya semua itu adalah satu andaian drpdku...
tp oleh kerana semuanya telah mengaku di pejabatku sebentar td... maka mereka mula goyah... keterangan2 yg diberikan mula berputar belit... tp itu semua telah kuduga... justeru, 'statement' mereka di pejabat kuulangi membuatkan mereka kehilangan punca... oleh kerana nada suaraku semakin keras... boss bersuara,meningkah utk menyejukkan keadaan... tp... bila amarah mula menguasai diri ini, kawalan mmg di luar kemampuanku... bicaraku tak kan dapat dihentikan selagi ada yg belum dilerai... akhirnya semua terdiam... boss membiarkan aku melepaskan segala yg terbuku...
akhirnya keputusan dicapai... satu keseragaman diperolehi... teman ditegur agar mengeluarkan arahan bertulis bagi memudahkan rujukan semua... dan tidak diubah2 sesuka hati... dan boss juga ada mengingatkan mereka agar tidak menggunakan nama dan jawatanku di tempat lain utk mendapatkan bantuan...
bukan menegakkan benang yg basah... tp... bila berlaku sesuatu dan diri ini dikaitkan tanpa usul periksa... dan cerita mulut ke mulut sewenang2nya dikhabarkan dlm tempoh yg lama hingga kerap kedengaran olehku sendiri... maka sisi diri yg jarang kutonjolkan akan keluar dari kepompong... maka akan ada hati yg pedih mendengar ayat2 kebenaran tanpa tapisan yang dihamburkan terus secara berdepan bersaksikan mereka2... dan seperti biasa... kebenaran secara berdepan lebih menyakitkan dari bercerita di belakang...
sbb itu... jgn disangka org yg hanya mendiamkan diri begitu mudah dipersendakan kerana sesekali mereka ini bersuara...akan terkoyaklah keegoan kalian di hadapan yg lain...
prinsipku mudah... klu salah... mengaku... dan apabila mengaku tak bermakna kesalahan itu 100% dilakukan oleh kita... dan mengaku itu juga bukan bermakna kita mengiakan kesalahan itu... tp mengaku disebabkan kerana kecuaian yg dtgnya dari kita lah yg menyebabkan kesalahan itu terjadi... dan jgn libatkan org lain... juga tidak perlu mengaitkan sebarang alasan... kerana kecuaian kita bukan disebabkan oleh mereka tp hanya lah semata2 kealpaan diri kita sendiri...
No comments:
Post a Comment